Advertisement

Memo

Thursday

Pengenalan Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMKBTS), Kuala Lumpur ditubuhkan pada 4 Januari 1999. Sementara menanti bangunan sendiri siap sepenuhnya, SMK Bandar Tasik Selatan telah menumpang di bangunan SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga 6 Jun 1999.

[Tembok Pintu Masuk Utama]

[Pintu Pagar Utama]
DATANG DENGAN HARAPAN
PULANG DENGAN KEJAYAAN

Tapak dan bangunan sekolah ini terletak di Bandar Tasik Selatan yang pada asalnya ialah Golf Driving Range. Kemudian diserah milik kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rezab pendidikan. Tapak ini terletak berhampiran dengan Kem Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak.

Kumpulan pelajar pertama ialah seramai 278 orang sahaja terdiri daripada lelaki dan perempuan berbagai kaum. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001 jumlah pelajar meningkat kepada 1,800 orang dengan bilangan guru seramai 108 orang dan staff sokongan seramai 15 orang.

[Pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Selatan]

Sekolah ini mendapat nama sempena lokasinya di kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Selatan datangnya dari kawasan sekitar sekolah ini iaitu dari kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan, Kuaters Anggota Polis Desa Tasik, Kem Sungai Besi, Kawasan Perumahan Sekitar Sungai Besi dan Desa Tun Razak.

Bermula pada Januari 2000, SMK Bandar Tasik Selatan telah menawarkan program pendidikan khas. Kini 10 orang guru mengendalikan pelajar bermasalah pembelajaran, seramai 51 orang pelajar dan pelajar bermasalah pendengaran seramai 10 orang.

[Persembahan oleh Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran (PKBP)]

Sekolah ini juga mempunyai 1 Blok Asrama Puteri SMK Bandar Tasik Selatan yang mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Seramai 102 pelajar perempuan Tingkatan 1,2,3 kelas Aliran Agama (KAA) telah ditempatkan di asrama ini. Sehingga kini, Asrama Aliran Agama ini telah dinaik taraf kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Dari segi kokurikulum, SMK Bandar Tasik Selatan telah menempa beberapa kejayaan, khususnya dalam bidang permainan hoki, taekwando dan unit beruniform iaitu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai PKBM sebagai satu unit beruniform tunggal pertama di Malaysia yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2002. Beberapa kejayaan PKBM telah diraih diperingkat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga peringkat kebangsaan.

- Pengetua pertama SMK Bandar Tasik Selatan ialah Pn. Jamaliah binti Rahmat (sehingga 30 April 2001).

- Pengetua kedua
SMK Bandar Tasik Selatan ialah En. Mohd Sidek bin Mohd Dollah (16 Jun 2001 sehingga 16 Ogos 2006). Pelbagai perubahan fizikal dan pencapaian akademik telah dicapai dengan visinya iaitu sekolah membantu generasi berbudaya ilmu, berakhlak mulia, berdaya maju dan berwawasan.

- Pengetua ketiga SMK Bandar Tasik Selatan ialah Pn. Rohana binti Mohd Shariff (1 September 2006 sehingga 17 Januari 2009
) dengan misi sekolah yang baru iaitu Menuju Kepuncak Kecemerlangan 2011.

-
Pengetua keempat SMK Bandar Tasik Selatan ialah Encik Naseh bin Hassan (31 Disember 2008 - sekarang)

2 comments:

  1. PADA TAHUN 2008 ADALAH TAHN TERAKHIR SAYA BERADA DI SEKOLAH INI. KERANA PADA TAHUN 2009 SAYA SUDAH BERPINDAH KE SEKOLAH TEKNIK DATO SERI MD ZIN ,MELAKA

    ReplyDelete
  2. Saya pada dahulunya asdalah salah seorang pelajar dari sekolah bandar tasik selatan. pada tahun 2008, saya di tingkatan 3 kepujian. kini saya bersekolaj di teknik mad zin, alor gajah, melaka. dalam bidang pengurusan perniagaan. saya juga aktif dalam PKBM pada waktu itu. saya telah menyertai perkhemahan PKBM hingga keperingkat negeri dan kebangsaan. pada waktu itu saya berada di bawah arahan Abang Asmarul. pasda waktu itu juga saya salah seorang pengawas sekolah. kini saya memegang jawatan sebagai penolong ketua pelajar dan merangkap penolong ketua pengawas. kawan baik saya ketika di sekolah itu adalah Mohd Nazrin Bin Che Thalatah Mad Nazri. Saya berharap agar generasi yang baru menjejaki ke sekolah ini boleh menimba ilmu dengan mendalam dan jangan sesekali melanggar disiplin. O.K !!1

    ReplyDelete

CHAT BOX